Wednesday 15 February 2012

Piagam, Visi, Misi, Falsafah & Objektif Sekolah

PIAGAM SEKOLAH
   "Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sijangkang berikrar dan berazam      untuk:
v      Berkhidmat dengan jujur, amanah dan komited terhadap tugas.
v      Membentuk pelajar-pelajar yang berbudi, berilmu dan berdisiplin.
v      Melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah tinggi dan mumpunyai daya saing dalam menghadapi cabaran.
v           Melahirkan warganegara prihatin dan berketrampilan.
v           Sentiasa menjaga kegemilangan profesion perguruan.
v           Sentiasa berusaha untuk menjalin hubungan yang berkesan dengan ibu bapa dan masyarakat."
VISI
Melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan berlandaskan tuntuntan agama.
MISI
  Menjadikan sekolah ini yang tebaik dalam pencapaian Kurikulum dan Kokurikulum serta berdaya saing dalam kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.
Falsafah Sekolah
v      Mendidik pelajar melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya mereka berpengetahuan, bertanggungjawab dan mempunyai keupayaan tinggi selaras dengan WAWASAN 2020 dan prinsip-prinsip RUKUNEGARA.
v      Mendidik setiap pelajar supaya berkembang dirinya, seimbang melalui pertumbuhan jasmani, intelek, emosi dan moral untuk menjadi rakyat Malaysia yang berbakti kepada bangsa, negara dan agama.
v           Mempertingkatkan dari masa ke semasa prestasi kualiti dan kuantiti dalam pelajaran, pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai tahap akademik yang terbaik dari segi kognitif, psikomotor dan efektif di kalangan pelajar.
Objektif
v      Berusaha mendidik pelajar supaya mendapat menguasai kemahiran asas 3M.
v      Mengembang kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif pelajar.
v      Berusaha mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam Kurikulum dan Kokurikulum.
v      Sekolah dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan terlatih.
v           Mendapat KECEMERLANGAN dalam UPSR.


No comments:

Post a Comment