Monday 9 April 2012

MINGGU BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN BERCERITA



Hari : Isnin
Tarikh : 09 April 2012
Tempat : Surau SK Sijangkang


Sempena Minggu Bahasa Melayu peringkat SKS..maka beberapa siri pertandingan bercerita telah diadakan bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3.Selain memenuhi slot minggu bahasa, aktiviti pertandingan bercerita bertujuan untuk mengcungkil bakat-bakat baru di kalangan murid-murid SKS bagi persediaan awal dan membentuk keyakinan yang jitu sebagai peserta yang berkeupayaan mewakili SKS ke peringkat yang lebih tinggi.





Suasana Minggu Bahasa Peringkat SKS...antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan bercerita..



Lagi paparan ketika pertandingan bercerita dijalankan...mutu persembahan murid-murid yang mengambil bahagian kali ini boleh dikatakan secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan dari segi mutu persembahan berbanding tahun-tahun yang lepas.


















Saturday 7 April 2012

PESTA BUKU SKS 2012

Pada 7.4.2012 ( sabtu ) telah berlangsung Pesta Buku SKS buat julung kali pertama.Majlis berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang telah mendapat sambutan hebat daripada masyarakat setempat.Dianggarkan lebih 4000 pengunjung telah mengunjungi Pesta Buku SKS 2012 dengan penampilan istimewa seorang novelis terkemuka negara iaitu Pn.Ain Maisarah.Pesta Buku SKS juga diserikan oleh kehadiran kumpulan motosikal berkuasa besar yang membuat kunjungan hormat ke SKS sempena Pesta Buku ini.Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pesta Buku SKS 2012.