Pada tarikh 18.2.2012 telah berlangsung mesyuarat agung PIBG SK Sijangkang Kali ke 37. Persidangan kali ini lebih bermakna dengan pemilihan AJK PIBG SK Sijangkang yang baru dan majlis ini telah berlangsung dengan jaya.Turut menyerikan majlis ini adalah Yang berbahagia Dato Nordin B. Selamat iaitu selaku perasmi bagi majlis yang penuh signifikan kepada warga SKS.
Sunday, 19 February 2012
Saturday, 18 February 2012
Thursday, 16 February 2012
SELAMAT DATANG SEK.KEB.SIJANGKANG....
Assalammulaikum....bersempena tahun 2012 ini , warga SKS buat julung-julung kalinya dijemput untuk melayari laman blog SK SIJANGKANG. Laman blog ini bertujuan sebagai pusat sehenti bagi maklumat yang berkaitan hal-hal pendidikan, isu-isu semasa dan sebagainya. Justeru itu, adalah menjadi harapan bagi pihak admin untuk berkongsi bersama bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk dimanfaatkan bersama di dalam membina warga SKS ke arah lebih cemerlang di masa-masa mendatang.

KENANGAN DAN PERISTIWA SKS 2009
Selayang pandang beberapa kenangan dan peristiwa yang berlangsung di SKS mahu pun di luar premis SKS bagi tahun 2009.
Wednesday, 15 February 2012
Piagam, Visi, Misi, Falsafah & Objektif Sekolah
PIAGAM SEKOLAH
"Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Sijangkang berikrar dan berazam untuk:
v Berkhidmat dengan jujur, amanah dan komited terhadap tugas.
v Membentuk pelajar-pelajar yang berbudi, berilmu dan berdisiplin.
v Melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah tinggi dan mumpunyai daya saing dalam menghadapi cabaran.
v Melahirkan warganegara prihatin dan berketrampilan.
v Sentiasa menjaga kegemilangan profesion perguruan.
v Sentiasa berusaha untuk menjalin hubungan yang berkesan dengan ibu bapa dan masyarakat."
VISI
Melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan berlandaskan tuntuntan agama.
MISI
Menjadikan sekolah ini yang tebaik dalam pencapaian Kurikulum dan Kokurikulum serta berdaya saing dalam kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.
Falsafah Sekolah
v Mendidik pelajar melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya mereka berpengetahuan, bertanggungjawab dan mempunyai keupayaan tinggi selaras dengan WAWASAN 2020 dan prinsip-prinsip RUKUNEGARA.
v Mendidik setiap pelajar supaya berkembang dirinya, seimbang melalui pertumbuhan jasmani, intelek, emosi dan moral untuk menjadi rakyat Malaysia yang berbakti kepada bangsa, negara dan agama.
v Mempertingkatkan dari masa ke semasa prestasi kualiti dan kuantiti dalam pelajaran, pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai tahap akademik yang terbaik dari segi kognitif, psikomotor dan efektif di kalangan pelajar.
Objektif
v Berusaha mendidik pelajar supaya mendapat menguasai kemahiran asas 3M.
v Mengembang kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif pelajar.
v Berusaha mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam Kurikulum dan Kokurikulum.
v Sekolah dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan terlatih.
v Mendapat KECEMERLANGAN dalam UPSR.

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG
27/2/1911
Bermula dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang. Ia terletak 2 km dari sekolah yang ada sekarang, iaitu di kawasan tanah wakaf yang sekarang dijadikan tanah perkuburan. Ia hanya merupakan sebuah bangsal yang dibina menggunakan atap nipah, kayu bakau , beluti dan papan. Bangunan ini dibuat secara gotong-royong. Di sebelah belakang sekolah ini terdapat sebuah bulik yang dikenali dengan nama ‘dapur cikgu’. Jumlah murid lebih kurang 50 orang dengan 5 orang guru. Guru besar yang pertama ialah YM Raja Yusuf b. Raja Daud.
1/4/1911
Pelajaran al-Qur’an mula diajar di sekolah ini.
1913
Jumlah murid menngkat 60 orang. Pakaian murid ketika itu bebas. Murid lelaki ketika itu memakai seluar pendek jenis seluar cerut, bersongkok dan tidak boleh berkasut. Murid perempuan bertudung dan memakai baju kurung atau baju kebaya panjang.
6/12/1914
Sekolah asal dipanah petir dan mengalami kerosakan. Sekolah dipindahkan ke tempat lain berhampiran dengan kawasan itu juga. Bangku dan meja yang digunakan ialah jenis panjang dan digunakan oleh murid-murid darjah 4 dan 5. Murid-murid lain menggunakan meja rendah dan duduk di atas lantai. Darjah 5 (V) bermula dengan 6 orang murid sahaja satu kelas. Murid-murid menggunakan papan hitam kecil. Buku bacaan yang digunakan ialah buku bacaan jawi sahaja.
12/1/1918
Pengeluaran sijil persekolahan yang pertama.
7/6/1922
Mendapat guru dari Maktab Melaka yang pertama bernama En. Md. Nuruddin b. Amin.
12/12/1922
Upacara pemberian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan iaitu seramai 13 orang. Hadiahnya berupa kain songket dan kain sarung.
1922
Sudah ada pakaian seragam untuk murid-murid lelaki iaitu baju hitam dan seluar kuning. Pakaian untuk murid perempuan masih bebas. Di masa ini papan batu dan kalam sudah mula digunakan.
30/6/1923
Gaji guru pada ketika itu: Nordin b. Md. Amin = $25.42Ishak b. Hj. A. Manan = $22.54
29/12/1923
Sijil tamat persekolahan dikeluarkan.
29/7/1925
Sekolah ditutup untuk diperbaiki sehingga 5/8/1925
12/7/1927
Sekolah berpindah ke tempat sekarang iaitu Pekan Batu Satu. Bangunan sekolah dibina oleh kerajaan iaitu sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah. Selain itu terdapat juga dua buah rumah guru. Pertambahan murid semakin pesat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung keperluan semasa, maka sebahagian daripada murid telah terpaksa belajar dibawah bangunan sekolah dan dibawah rumah guru.
1/7/1928
Sekolah ditutup selama seminggu kerana bercuti sempena kerja-kerja menuai padi dijalankan.
23/10/1928
Jumlah pelajar terus meningkat. Pada tahun ini murid-muridnya berjumlah 222 orang.
3/11/1931
Pada ketika ini gaji Guru Besar ialah $78.15 sebulan.
1/12/1929
Padang bola yang dibuat telah siap dan boleh digunakan oleh pelajar.
22/12/1931
Jalan ke sekolah dan kawasan sekolah masih dalam keadaan berlumpur apabila musim hujan. Pada ketika ini murid sekolah berjumlah 240 orang.
18/5/1932
Penghulu Mukim Telok Panglima garang telah mengadakan lawatan ke sekolah.
1941
Bilangan murid di sekolah ini berjumlah 208 orang.
1942
Terdapat 7 orang guru dan 215 orang murid. Banyak kes murid tidak hadir ke sekolah dalam tahun ini sehingga kadang-kala tiada seorang pun yang hadir.
1/10/1945
Hari ini sekolah dibuka semula di bawah pemerintahan Inggeris setelah berakhir pemerintahan kerajaan Jepun selama 3 tahun 8 bulan.
8/7/2004
Guru senaman dari Jepun mengajar di sekolah ini. Dai Ichi, Mi Radio Taiso dan Kyoren.
1949
Pada Tahun ini, penduduk kampung bergotong-royong membina sekolah tambahan yang mengandungi dua kelas. Dindingnya diperbuat daripada bertam. Tingkapnya dari jenis yang menggunakan topang atau tongkat. Pada masa ini pakaian murid adalah baju putih, seluar kuning dan kasut biru.
3/6/1950
Diadakan ‘Hari Ibu Bapa’.
24/5/1951
Diadakan ‘Hari Empire’ (Hari Kesihatan)
9/12/1951
Diadakan peperiksaan jahitan.
29/1/1952
Gelanggang badminton siap dibina.
29/1/1953
Hari Persekutuan Tanah Melayu disambut di sekolah.
13/2/1954
Hari Sukan Sekolah diadakan.
11/3/1954
Guru besar pergi ke District Office Telok Datuk bersama Datuk Penghulu dan ketua kampung kerana berunding dengan Tuan Pegawai Jajahan berkenaan dengan sekolah tambahan yang telah roboh pada 10/3/1954 oleh angina puting beliung.
12/3/1954
Seramai 90 orang penduduk kampung telah bergotong-royong untuk mendirikan sekolah tambahan.
27/7/1955
Sekolah dijadikan tempat mengundi bagi Pilihanraya Persekutuan.
27/7/1956
Sekolah roboh dilanda rebut. Pada tahun ini juga Sekolah Melayu Sijangkang ditukar nama kepada Sekolah umum Sijangkang.
17/3/1957
Telah diadakan Temasya Hari Ibu Bapa dan Guru dan mendapat sambutan yang meriah dari penuntut. 5000 orang telah menyaksikannya.
1957
Bangunan sekolah hanya sebuah sahaja manakala jumlah murid telah meningkat kepada 650 orang. Persekolahan dibuat dua sesi, pagi dan petang. Ketika itu sudah tidak menggunakan meja panjang lagi.
1959
Sekolah darjah 7 dimansuhkan kerana permulaan SRP.
1/5/1960
Tukang kebun mula diadakan.
1961
Sekolah Umum Sijangkang telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sijangkang.
Jun 1962
Bangunan kekal (bangunan itu dinamakan Bangunan A) dibina oleh pihak kerajaan mengandungi 6 bilik darjah. Sekarang telah dirobohkan.
17/10/1964
Y.A.B Datuk Harun b. Hj. Idris sebagai Menteri Besar Selangor melakukan perasmian pembukaan sekolah tambahan.
Jun 1972
Bangunan kekal dua tingkat dibina oleh pihak kerajaan. Bangunan ini mengandungi 8 bilik darjah. Jumlah murid telah meningkat kepada 940 orang.
29/3/1973
Bekalan api elektrik telah dilaksanakan bagi semua kelas kecuali kantin.
15/7/1973
YB En. Muhamad b. Rahmat telah merasmikan pembukaan sekolah tambahan kedua dan sebuah kantin.
1980
Lagi sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan ini dilengkapi dengan dua bilik serbaguna. Dengan ini murid-murid dapat belajar serentak pada sesi pagi sahaja.
1981
Lebih kurang satu perlima dari murid-murid sekolah ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Medan.
1982
Sebuah lagi bangunan tambahan didirikan, yang digunakan pertengahan tahun 1983. bangunan ini lengkap dengan bilik serbaguna, bilik guru, bilik sembahyang dan bilik darjah biasa.
1/1/1986
Jumlah murid meningkat kepada 1023 orang.
1/1/1989
Jumlah murid meningkat kepada 1170 orang murid dengan 45 orang guru terlatih.
1989
Rumah Guru Besar PWD 150 yang didirikan pada 21/11/1926 dan mula didiami pada 7/7/1927 dirobohkan pada 1989.

Subscribe to:
Posts (Atom)